Suspek bakar isteri ditahan

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Rabu.

KEPALA BATAS - Suspek yang membakar isterinya dengan petrol berjaya ditahan di Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Mohd Asri Shafie berkata, suspek akan direman pada Jumaat untuk membantu siasatan berhubung kes berkenaan.

Iklan
Iklan

"Suspek berusia 36 tahun baru sahaja ditahan di Nibong Tebal.

"Kita akan mendapatkan perintah reman esok (Jumaat)," katanya pada Khamis.

Iklan

Sebelum ini, seorang wanita melecur teruk dipercayai dibakar suaminya menggunakan petrol di rumah mereka di kawasan perumahan ladang kelapa sawit di Tasek Gelugor selepas berselisih faham antara mereka.

Mangsa yang berusia 35 tahun kini dilaporkan berada dalam keadaan kritikal kerana melecur lebih 27 peratus dan masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang (HPP).

Iklan

Dalam operasi bagi mengesan suspek yang dijalankan pada Isnin mendapati, saksi memaklumkan ternampak lelaki itu telah keluar dari kawasan ladang sawit tersebut dengan menumpang sebuah van kilang.

Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.