Kebakaran sampah punca balai pelepasan KLIA diselubungi asap

Iklan
Anggota bomba menjalankan pemeriksaan di saluran sampah bangunan terminal utama KLIA pada Khamis.

SEPANG - Ruangan balai pelepasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini diselubungi asap tebal akibat kebakaran dalam saluran sampah di tingkat tiga bangunan itu pada Khamis.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian pada jam 8.30 pagi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sepasukan anggota bomba dengan kekuatan dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat KLIA dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik panggilan diterima Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor.

"Pemeriksaan mendapati asap tebal di ruangan balai pelepasan berpunca daripada kebakaran di dalam saluran sampah di tingkat tiga bangunan itu.

Iklan

"Pihak bomba kemudian bertindak memadamkan kebakaran itu dan api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 9.10 pagi," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Tambahnya, setakat ini punca kejadian masih dalam siasatan dan operasi dijalankan tamat pada jam 10.31 pagi.

Iklan

"Pemeriksaan mendapati kebakaran tidak melibatkan struktur bangunan dan juga mangsa," katanya.