Koperasi tentera tawar pinjaman peribadi kepada orang awam

Iklan
Gambar hiasan.

KOTA BHARU - [DIKEMAS KINI] Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad (Koperasi Tentera) akan menawarkan pinjaman peribadi kepada orang awam bermula hujung tahun ini.

Iklan
Iklan

Pengerusi Koperasi Tentera Brigadier Jeneral Roba’i Rahmat berkata, sebelum ini kemudahan itu diberikan hanya kepada anggota tentera dan kakitangan kerajaan yang berkhidmat di bawah Kementerian Pertahanan.

"Buat masa sekarang kita tengah merancang dan merangka sistem untuk memberi pinjaman ini kepada orang awam. Bagaimanapun, dari segi jumlah dan tempoh pinjaman itu masih dalam peringkat perbincangan,” katanya kepada pemberita.

Iklan

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Koperasi Tentera Cawangan Kota Bharu dan Pembukaan Ar-RahnuKT di H Elite Design Hotel di sini hari ini yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Koperasi Tentera Mohd Ghazali Abbas.

Mengulas mengenai majlis hari ini, Roba’i berkata, cawangan berkenaan yang beroperasi hampir sebulan lepas telah meluluskan pembiayaan sebanyak RM1.4 juta, manakala pembiayaan Ar-RahnuKT pula berjumlah RM113,000.

Iklan

Terdahulu, beliau menyampaikan sumbangan koperasi berjumlah keseluruhan RM5,000 kepada lima masjid iaitu Masjid Jamek An-Nur Kem Desa Pahlawan, Masjid Ar-Raudhah Pengkalan Udara Gong Kedak, Masjid As-Solihin Kem Pengkalan Chepa, Masjid Mukim Tunjong dan Masjid Mukim Lundang Paku. - Bernama.