Pasar Kedai Payang

Iklan
Orang ramai mengunjungi bangunan sementara Pasar Kedai Payang untuk mendapatkan pelbagai barangan seperti batik, tembaga, kraftangan, emas dan makanan.

Pasar Kedai Payang satu lokasi ikonik di Terengganu sentiasa menjadi tumpuan pelancong, kerana menghimpunkan pelbagai barangan di bawah satu bumbung, namun keadaan itu dijangka berubah sekali gus meresahkan peniaga di situ.

Keresahan itu timbul, susulan pengumuman kerajaan negeri yang dikatakan selepas pembukaan kompleks baharu, tapak sementara yang digunakan peniaga pada masa ini akan terus beroperasi, sekali gus akan mewujudkan dua Pasar Kedai Payang, manakala jualan di setiap kompleks akan diasingkan mengikut kategori.