Anthony dedah minat subjek BM, suka dengar Berita Dunia

Iklan
Anthony Loke

SHAH ALAM - Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkongsi petua beliau mampu menguasai kemahiran menulis dan bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik.

Menurut beliau, perkara pertama yang perlu ditekankan ialah dengan memperbanyakkan bahan bacaan dalam bahasa tersebut.

Iklan
Iklan

"Sejak di bangku sekolah rendah hingga sekolah menengah, antara subjek yang disukai adalah bahasa Melayu yang menyebabkan saya banyak membaca dan bercakap.

"Antara bahan yang saya minati dahulu ialah Dewan Masyarakat yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) kerana mereka menggunakan bahasa baku serta penggunaan ayat yang baik,” katanya ketika sesi temu bual dilakukan dalam program Tiga Pagi Era.

Iklan
Tangkap layar dari Instagram Anthony ketika temu bual dilakukan dalam rancangan Tiga Pagi Era.

Sehubungan itu, Anthony yang juga Ahli Parlimen Seremban menegaskan, beliau tidak pernah membantah apa-apa program ataupun dasar yang memperkasakan bahasa Melayu kerana berpegang kepada prinsip Perlembagaan Persekutuan.

Mengulas lanjut beliau memberitahu, mendengar berita juga merupakan antara salah satu caranya untuknya menguasai bahasa Melayu dengan lancar.

Iklan

"Saya dengar berita jam lapan dan berita jam 10 tetapi yang saya suka adalah berita dunia.

"Semasa belajar di Tingkatan Satu, setiap malam saya akan mendengar berita dunia kerana pada masa itu ada Perang Teluk antara Iraq dengan Kuwait,” ujarnya lagi.