Guru, ibu bapa perlu jadi pembimbing kepada generasi digital

Iklan
Para pelajar bergambar ketika menghadiri Majlis Pra Pelancaran Karnival Pendidikan Sinar Bestari di Kumpulan Karangkraf, Shah Alam pada Khamis.

SHAH ALAM - Golongan pendidik dan ibu bapa perlu memainkan peranan sebagai fasilitator dan pengurus maklumat bagi memastikan para pelajar memperoleh pembelajaran yang lebih kreatif serta interaktif.

Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Dr Jafri Abu berkata, mereka seharusnya menjadi pembimbing kepada anak-anak generasi digital dalam mendapatkan maklumat yang sesuai dan selamat sekali gus membentuk hala tuju baharu dunia pendidikan.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, usaha untuk penambahbaikan bagi perkara tersebut perlu dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan bahan pendidikan berasaskan teknologi dan digital dapat dimanfaatkan oleh segenap lapisan pelajar.

Justeru katanya, Karnival Pendidikan Sinar Bestari dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) merupakan platform paling sesuai untuk melahirkan warga pendidik yang sentiasa bersiap siaga menghadapi gelombang tranformasi.

Iklan

"Ini kerana, karnival itu menumpukan penggunaan teknologi dalam bidang pendidikan seiring dengan tema iaitu 'Memacu pendidikan generasi digital'.

Dr Jafri Abu (dua dari kanan) bersama Farah (dua dari kiri) ketika hadir Majlis Pra Pelancaran Karnival Pendidikan Sinar Bestari di Kumpulan Karangkraf, Shah Alam pada Khamis.

"Lagipun, generasi sekarang dilihat seperti kurang berminat dengan pengajaran dan pembelajaran secara konvensional," ujarnya.

Iklan

Beliau berkata demikian pada Majlis Pra Pelancaran Karnival Pendidikan Sinar Bestari di Kumpulan Karangkraf di sini pada Khamis.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Grup Sinar Karangkraf, Farah Hussamuddin dan Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Zamri Rambli.

Tambah Jafri, penggunaan teknologi juga memberi kesan yang positif kepada murid kerana dapat menggunakan masa terluang untuk pembelajaran.

Para guru bergambar ketika menghadiri Majlis Pra Pelancaran Karnival Pendidikan Sinar Bestari di Kumpulan Karangkraf, Shah Alam pada Khamis.

"Daripada penggunaan teknologi pendidikan, murid-murid dapat memperoleh maklumat yang diingini selain menambah ilmu pengetahuan tanpa batasan.

"Oleh itu, diharapkan semua pihak terus mengorak langkah yang lebih jitu dalam memacu pendidikan generasi digital," jelasnya.

Beliau turut menyeru seluruh warga pendidik agar membawa murid-murid ke Karnival Pendidikan Sinar Bestari yang julung kali diadakan dengan kerjasama Kumpulan Karangkraf.