Dua lelaki warga asing diberkas cuba sogok polis

Iklan
Dua lelaki warga asing diberkas selepas cuba menyogok polis dalam kejadian di Jalan Bukit Cerakah, Seksyen U14, Shah Alam pada Isnin.

SHAH ALAM - Padah cuba menyogok anggota polis akibat tidak memiliki lesen memandu, dua lelaki warga asing ditahan dalam pemeriksaan di Jalan Bukit Cerakah, Seksyen U14 di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 1.05 petang.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kedua-dua suspek masing-masing merupakan warga India dan Pakistan berumur 34 dan 37 tahun menaiki sebuah kereta.

"Pemeriksaan dijalankan mendapati salah seorang suspek yang merupakan pemandu kereta tersebut tidak memiliki lesen memandu.

Iklan

"Kedua suspek kemudiannya bertindak cuba menyogok anggota polis dengan memberikan RM170 supaya tiada tindakan dikenakan atas kesalahan tersebut," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Katanya, suspek bersama rakannya kemudiannya terus diberkas ketika kejadian.

Iklan

"Kedua-dua suspek direman empat hari untuk siasatan selanjutnya.

"Kes disiasat bawah Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009," katanya.