Periksa sampel makanan di bazar Ramadan

Iklan
Anggota Penguatkuasa Jabatan Kesihatan sedang mengambil sampel makanan di bazar Ramadan. (Gambar kecil: Datuk Dr Zainudin)

SEREMBAN - Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan mengambil lapan sampel makanan dan minuman yang dijual seluruh bazar Ramadan di negeri ini.

Pengarahnya, Datuk Dr Zainudin Mohd Ali berkata, kesemua pensampelan makanan itu akan dihantar ke Makmal Keselamatan dan Kualiti Makanan di Klang bagi memastikan makanan atau minuman yang dijual itu tidak tercemar.

Iklan
Iklan

Katanya, pihaknya menyasarkan dalam tempoh sebulan ini sebanyak 40 sampel makanan dan minuman yang berisiko tinggi dapat dihantar ke makmal untuk tujuan pemantauan berterusan, selain memastikan kebersihan makanan yang dijual oleh pengusaha makanan.

"Tempoh laporan makmal itu akan dikeluarkan dalam masa satu ke dua minggu, bagaimanapun jika terdapat sebarang laporan keracunan makanan yang dipercayai berpunca daripada pembelian di mana-mana kedai atau bazar, kita akan mengambil tindakan segera dengan menutup serta-merta," katanya ketika ditemui semasa operasi Ramadan di Bazar Ampangan di sini hari ini.

Iklan

Hadir sama, Exco Kesihatan dan Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan, S Veerapan dan Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Bahagian Kualiti dan Keselamatan Makanan, Noraini Wahab.

Tambahnya, pensampelan makanan dibuat ke atas beberapa jenis makanan seperti lauk bersantan, ayam atau daging, kuih muih yang mengunakan kelapa, ulam dan termasuk air yang tidak dimasak seperti air tebu, air buah tembikai, mangga dan lain-lain jenis.

Iklan

Dalam pada itu, Veerapan memaklumkan sebanyak 1,037 produk telah dirampas dengan jumlah rampasan RM8,025 atas pelbagai kesalahan seperti tamat tempoh, tin kemek, berkarat, tiada alamat pengimport dan masalah pelabelan, dalam pemeriksaan di tujuh pasar raya daerah Seremban dan Nilai.

"Kita juga telah mengeluarkan tiga notis kompaun berjumlah RM10,500 dikeluarkan atas kesalahan tiada alamat pengimport dan tamat tarikh tempoh seperti yang tertakluk dalam Peraturan-Peraturan Makanan (Pengkompaunan Kesalahan)2017," katanya.