Jenazah bonda Sultan Terengganu selamat disemadikan

Iklan
Tuanku Mizan Zainal Abidin turut memperkenankan tempoh berkabung selama lima hari bermula Khamis. - Gambar SUK Terengganu

KUALA TERENGANU - Jenazah bonda kepada Sultan Terengganu, Tengku Besar Terengganu Fatimah @ Sharifah Nong Alsagoff Abdillah yang mangkat awal pagi Khamis, selamat disemadikan di Makam Diraja Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Ladang, di sini selepas solat Asar.

Turut mengiringi jenazah Allahyarham adalah Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dan Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah.

Iklan
Iklan

Hadir sama, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Terdahulu, jenazah Allahyarham tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Nerus dari Kuala Lumpur dengan menggunakan pesawat khas pada tengah hari.

Iklan

Jenazah Tengku Besar Terengganu kemudian dibawa ke Istana Al-Muktafi Billah Shah, Ladang, Kuala Terengganu untuk penghormatan terakhir dan urusan pengebumian.

Tuanku Mizan Zainal Abidin turut memperkenankan tempoh berkabung selama lima hari bermula Khamis.

Iklan

Majlis tahlil akan diadakan selama lima malam berturut-turut di Balai Islam, Istana Syarqiyyah mulai malam Khamis.

Pada 4 Julai lalu, adinda kepada Sultan Terengganu, Tengku Norhana Sultan Mahmud, 59, mangkat dan disemadikan di makam sama. - Awani

ARTIKEL BERKAITAN:

Bonda Sultan Mizan mangkat

Agong, Permaisuri zahir takziah kepada Sultan Terengganu

PM zahir takziah kepada Sultan Terengganu atas kemangkatan bonda