Cef Wan hidap kanser limfoma

Iklan
Cef Wan

SHAH ALAM - Cef selebriti terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Cef Wan pada Khamis mendedahkan beliau disahkan menghidap kanser limfoma.

Berkongsi khabar duka itu di Instagram, Cef Wan, 65, berkata, berkemungkinan kanser limfoma yang dihidapi masih berada di peringkat awal memandangkan beliau tidak mengalami sebarang simptom.

Iklan
Iklan

"Pada jam 3 petang tadi, saya menerima diagnosis daripada doktor yang mengesahkan saya menghidap kanser limfoma.

"Saya akan melakukan imbasan Tomografi Pancaran Positron (PET) untuk melihat sama ada kanser tersebut telah merebak ke organ-organ lain,” katanya.

Iklan
Cef Wan berkongsi tentang penyakit yang dihidapinya di Instagram beliau pada Khamis.

Cef Wan memberitahu, beliau akan memulakan rawatan bagi penyakit berkenaan dalam masa terdekat.

Menurutnya, rawatan kemoterapi akan mengambil masa selama 13 minggu dan mempunyai peluang untuk sembuh sebanyak 70 hingga 80 peratus sekiranya dikesan awal.

Iklan

"Pada pagi Isnin saya juga akan melakukan ujian sumsum tulang kerana kanser limfoma juga dikaitkan dengan sumsum tulang kita. Doktor juga akan memulakan kemoterapi yang mungkin mengambil masa selama 13 minggu.

"Saya akan mula mengalami keguguran rambut selepas ini. Jadi, saya sudah bersedia untuk menggayakan rambut palsu seperti Elvis, M Daud Kilau dan sebagainya pada masa akan datang,” ujarnya.