Kekalahan 3-1 bukan penamat - Nafuzi

Iklan
Nafuzi

KEKALAHAN 3-1 ke atas Perak FC bukanlah penamat bagi Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dalam saingan Piala Malaysia kali ini.

Menurut Ketua Jurulatih KDA FC, Nafuzi Zain, biarpun mengalami defisit dua gol, masih ada peluang untuk mereka bangkit dalam perlawanan timbal balik di Stadium Darul Aman pada 18 Ogos nanti.

Iklan
Iklan

Mengakui sedikit kecewa dengan kekalahan di Stadium Perak itu, beliau bagaimanapun akur dengan kehebatan pasukan Perak FC yang disifatkan lain dari yang lain.

"Perak mempersembahkan permainan yang begitu bertenaga malam ini. Memang kita mendahului pada awalnya, namun selepas penyamaan kita sedikit berubah, kita banyak menunggu. Kita tidak memberi tekanan kepada pihak lawan, kita terlalu banyak memberi ruang dan di situlah kita banyak struggle, tidak bermain sebagaimana sepatutnya.

Iklan

"Kita menerima hakikat yang kita tewas malam ini dan tidak bermain dengan baik. Peluang itu tetap ada yang penting kita cuba sebaik mungkin dan kita rasa mungkin bermain di Alor Setar memberi kelebihan kepada kita," katanya kepada pemberita di Stadium Perak di sini selepas perlawanan malam tadi.

Mengenai insiden kad merah yang dilayangkan kepada Rodney Akwensivie, Nafuzi menyifatkan perkara itu tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang pemain berpengalaman ketika pasukan sedang ketinggalan untuk mencari gol.

Iklan

Dalam pada itu, beliau turut mengakui ketiadaan tonggak utama mereka, Lee Tuck amat dirasai, namun pemain lain harus menunjukkan keupayaan masing-masing bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan bekas pemain itu.

"Kita akui Lee Tuck pemain utama kita dan sumbangannya begitu besar sebelum ini, memang kita rasa kehilangan sepatutnya peluang diberikan pemain sebelum ini.

"Peluang untuk kedah tetap ada dalam bola sepak ini macam-macam boleh jadi. Malam ini bukan penamat," katanya.