Tiada kontroversi, PH cekap tadbir Negeri Sembilan - Penganalisis

Iklan
Penganalisis berpandangan Aminuddin membuktikan kredibilitinya menerajui negeri adat Perpatih ini dengan pencapaian pelaburan tinggi serta inisiatif ekonomi memanfaatkan rakyat. - Foto Bernama

SEREMBAN - Kecekapan kerajaan Pakatan Harapan (PH) mentadbir Negeri Sembilan terbukti apabila 97 peratus manifestonya dilaksanakan seperti dijanjikan lima tahun lepas yang menunjukkan keseriusan kerajaan negeri mengutamakan amanah diberikan oleh rakyat.

Penganalisis politik dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Mohd Azmir Mohd Nizah berkata, walaupun pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berdepan cabaran termasuk ketidaktentuan politik di peringkat pusat dan pandemik Covid-19 dalam tempoh itu, namun pentadbirannya tetap berjalan lancar tanpa cetusan kontroversi di negeri ini.

Iklan
Iklan

"Petunjuk Prestasi Utama (KPI) manifesto 2018, hampir 95 hingga 97 peratus dicapai, dalam konteks ini kreditnya A iaitu cemerlang dalam memacu Negeri Sembilan. Kalau pengundi rasa itulah yang terbaik bagi mereka, tiada sebab untuk rakyat memilih lain pada pilihan raya negeri ini," katanya kepada Bernama.

Mohd Azmir berkata, Naib Presiden PKR itu yang juga penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat merupakan pemimpin diplomasi dalam pentadbirannya bersama rakan parti DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).

Iklan

Antara kejayaan manifesto PRU14 ialah sebanyak 27,688 unit rumah mampu milik dibina di bawah inisiatif Program Rumah Harapan Rakyat Negeri Sembilan, hasil negeri meningkat dalam tempoh lima tahun iaitu RM566 juta pada 2021 kemudian RM522 juta (2022), pelaburan mencecah RM9 bilion tahun lepas dan pelbagai lagi.

Sementara itu, Felow Kursi Institusi Raja-Raja Melayu Universiti Teknologi Mara (UiTM), Mujibu Abd Muis berpandangan Aminuddin membuktikan kredibilitinya menerajui negeri adat Perpatih ini dengan pencapaian pelaburan tinggi serta inisiatif ekonomi memanfaatkan rakyat.

Iklan

"Aminuddin bukan sahaja ada majoriti yang cukup untuk mempertahankan Negeri Sembilan, tetapi kepimpinannya tidak menimbulkan sebarang perubahan drastik dari segi pentadbiran negeri dan dapat menerajui dengan baik bersama parti lain Amanah dan DAP,” katanya.

Mujibu berkata, rakyat di negeri ini sudah pasti mahu melihat perancangan Kerajaan Perpaduan untuk Negeri Sembilan ini menuju status negeri maju selepas melihat limpahan ekonomi serta keyakinan pelabur dalam manifesto gabungan PH dan Barisan Nasional yang akan dibentangkan tidak lama lagi.

Beliau berkata, melihat pada prestasi ekonomi membanggakan, kerajaan negeri memerlukan lonjakan infrastruktur yang tepat dari sudut jaringan pengangkutan.

"Sebagai rakyat yang tinggal di negeri ini, saya mahu melihat apakah seterusnya bagi Negeri Sembilan. Sudah tiba masanya kerajaan nanti memberi tumpuan kepada status negeri maju, kalau dilihat limpahan ekonomi ini disebabkan pembangunan yang pesat, potensi jadi negeri maju itu besar,” katanya.- Bernama