Tiada 'poster boy', BN Kelantan enggan dahului kuasa sultan

Iklan
Md Alwi

KOTA BHARU - [DIKEMAS KINI] Barisan Nasional (BN) Kelantan mengambil pendekatan untuk tidak menamakan mana-mana calon yang bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) kali ini sebagai 'poster boy'.

Setiausaha BN Kelantan, Datuk Seri Md Alwi Che Ahmad berkata, tindakan itu bertujuan mengelakkan BN mendahului kuasa sultan selain mengambil iktibar beberapa peristiwa yang pernah berlaku sebelum ini dalam pelantikan menteri besar.

Iklan
Iklan

"Di pihak BN berpendapat apabila sudah menang nanti kita serah nama pada Tuanku Sultan untuk pilih yang sesuai.

"Terpulang...tentu Tuanku Sultan ada pilihan sendiri, jadi jangan mendahului kuasa itu," katanya pada sidang akhbar pada Jumaat.

Iklan

Beliau berkata, perkara sama juga berlaku di pihak Pas apabila parti tersebut tidak menentukan siapa 'poster boy' mereka pada PRN ini walaupun sudah lama mentadbir Kelantan.

Mohd Amar

Beliau bagaimanapun menyifatkan Timbalan Pesuruhjaya Pas, Datuk Mohd Amar Abdullah lebih menonjol berbanding Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

Iklan

"Pas yang sudah memerintah ini pun tidak anggap Menteri Besar (sekarang) sebagai 'poster boy'," katanya.

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri di sini!