KUALA LUMPUR - Malaysia akan mengemukakan cadangan baharu berhubung projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura kepada republik berkenaan selepas memperoleh keputusan awal di peringkat kerajaan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, cadangan baharu itu akan dibawa oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke untuk perhatian Singapura.