Keadaan jalan raya yang rosak

Iklan
Pemandangan menunjukkan jalan raya di sekitar Kampung Ibok menuju ke Bandar Seri Bandi yang rosak teruk dengan permukaan jalan raya yang tidak rata, berbatu dan berlubang selepas kerap dilalui kenderaan berat seperti lori balak ketika tinjauan baru-baru ini.

Difahamkan kenderaan berat terpaksa menggunakan laluan tersebut kerana ianya lebih dekat untuk menuju ke bandar berhampiran berbanding laluan alternatif lain yang jaraknya jauh dan memakan masa.