Fitnah: Amirudin saman Sanusi

Iklan
Kenyataan Menteri Besar pada Jumaat

SHAH ALAM - Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkait satu kenyataan fitnah.

Menurut Amirudin, tindakan samannya itu berkaitan ucapan fitnah Muhammad Sanusi pada Majlis Jelajah Mega PN (Perikatan Nasional) BEST ‘Sayangi Kedah Sejahtera’ di Dataran Darul Aman, Jitra di Kedah.

Iklan
Iklan

Ini difahamkan membabitkan dakwaan Muhammad Sanusi bahawa Amirudin terlibat skandal dengan pengasas Kumpulan Berjaya, Tan Sri Vincent Tan dalam projek pembersihan Sungai Klang.

"Ucapan beliau tersebut jelas adalah fitnah, dan merupakan percubaan oleh seorang yang amat terdesak dan ingin pengalihan persepsi daripada segala dakwaan skandal REE yang terpalit ke atas beliau, yang masih gagal dijawab secara berfakta sehingga kini.

Iklan

"Dengan tegas saya menafikan sekeras-kerasnya segala bentuk dakwaan dan tuduhan tersebut," katanya lagi.

Sementara itu, Amirudin turut menjelaskan pihaknya telah memperincikan secara panjang lebar projek pembersihan sungai itu pada sidang Dewan Negeri Selangor pada tahun lalu dan awal tahun ini serta pada sidang parlimen 1 Mac lalu.

Iklan