PUTRAJAYA - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan menghulurkan bantuan bersesuaian seperti pemeliharaan dan perlindungan kepada bayi dihempas ke lantai dan kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang dicampak dari tingkat satu di sebuah pangsapuri di Pulau Pinang, Rabu lepas.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam kenyataan pada Jumaat menyatakan kementerian itu memandang serius kes berkenaan selain memaklumkan pemeliharaan dan perlindungan itu adalah berdasarkan Seksyen 17 Akta Kanak-Kanak 2001.
Antara pengertian kanak-kanak yang memerlukan pemeliharaan dan perlindungan yang digariskan di bawah seksyen berkenaan ialah kanak-kanak itu telah atau besar kemungkinan akan dicederakan dari segi fizikal dan penjaga atau seseorang anggota keluarga dan ibu atau bapa atau penjaga kanak-kanak telah abai atau berkeberatan untuk mengadakan pemeliharaan, makanan, pakaian dan tempat berteduh yang mencukupi.
"Kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana kesalahan yang melibatkan hak dan kebajikan kanak-kanak.
"KPWKM komited untuk terus meningkatkan kesedaran melalui kerjasama pelbagai pihak dalam usaha melindungi kanak-kanak sebagai tanggungjawab bersama serta memastikan tindakan tegas diambil kepada pesalah yang terlibat dengan penderaan dan salah laku terhadap kanak-kanak,” menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, KPWKM mengambil maklum bahawa suspek telah ditahan polis dan siasatan menyeluruh sedang dijalankan, justeru masyarakat diminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian itu sehingga siasatan selesai.
Semalam, media melaporkan bayi perempuan berusia 40 hari dihempas ke lantai oleh bapa saudaranya sehingga mengalami pendarahan di bahagian kepala, manakala seorang lagi mangsa, kanak-kanak berumur tiga tahun, cedera di mulut dan patah kaki akibat dicampak dari tingkat satu pangsapuri.
Suspek berusia 29 tahun itu didakwa mendengar ‘bunyi bisikan’ sebelum mencederakan kedua-dua anak saudaranya. - Bernama