Dakwaan gangguan seksual hanya mahu rosakkan imej, nama baik Peja

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Khamis

SEREMBAN - Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan, Gary Lee Ban Fat percaya dakwaan tular mengenai gangguan seksual pengerusi gabungan parti itu terhadap seorang wanita baru-baru ini bertujuan merosokkan imej dan nama baik Timbalan Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Gary Lee berkata, pada hari kejadian terbabit, beliau berada berada bersama Ahmad Faizal di Hotel Royan Chulan, Seremban.

Iklan
Iklan

"Saya tiba di hotel itu dan bertemu dengan pegawai Datuk Seri iaitu saudara Ab Rahim dan pegawai pengiring, saudara Maran.

"Sekitar jam 10.30 pagi, saya naik ke bilik untuk mengadakan perbincangan mengenai persiapan pilihan raya Negeri Sembilan," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Menurutnya, perbincangan kemudiannya berakhir pada jam 11.30 pagi.

"Saya sahkan, sekitar waktu yang dinyatakan oleh wanita terbabit, saya bersama Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu di hotel berkenaan," katanya.

Iklan

Gary Lee berkata, beliau yakin dan percaya laporan polis itu di buat untuk merosakkan imej dan nama baik Ahmad Faizal.

Sebelum ini, tular satu laporan polis di media sosial yang didakwa dibuat seorang wanita mengaitkan Timbalan Presiden Bersatu itu.

Menerusi laporan polis tersebut, wanita berkenaan mendakwa Ahmad Faizal mengeluarkan perkataan berbaur gangguan seksual terhadap dirinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Peja lapor polis dituduh buat gangguan seksual

Gangguan seksual, satu laporan polis dibuat terhadap bekas menteri