MAKASSAR - Parti Amanat Nasional (PAN) memecat salah seorang wakil partinya selepas ditahan polis kerana mengambil dadah jenis methamphetamine atau syabu di sebuah hotel di bandar Makassar, akhir bulan lalu.
"Ya benar, kami mengadakan mesyuarat tergempar selepas mendapat maklumat itu dan seorang wakil itu telah dipecat serta merta," kata Bendahara PAN, Syamsuddin Karlos kepada CNN Indonesia.
Iklan
Iklan
Pengarah Bahagian Narkotik Sulawesi Selatan, Komisioner Kanan Darmawan Affandi berkata, seorang lagi suspek dari parti lain antara yang mereka ditahan di Hotel Maleo berikutan penahanan seorang penghantar dadah yang membantu suspek mendapatkan satu paket dadah jenis syabu.
'Polis sedang menyiasat kes dadah itu," katanya sambil menambah anggota yang menahan suspek menemui satu paket dadah jenis kristal seberat 0.39 gram.
Tambahnya, suspek mungkin mendapatkan dadah itu untuk kegunaan peribadi dan mungkin meminta penghantar dadah membantu membelinya. - Agensi