Lapan maut kereta api rempuh trak pikap di Thailand

Iklan
Anggota penyelamat dan polis berada di lokasi nahas kereta api di wilayah Chachoengsao, timur Bangkok. - Agensi

BANGKOK - Lapan orang maut selepas kereta api muatan barang melanggar sebuah trak pikap yang cuba melintasi landasan di tengah Thailand pada Jumaat.

Menurut kenyataan syarikat Kereta Api Negara Thailand, nahas berlaku pada jam 2.20 pagi (waktu tempatan) di persimpangan yang dilarang melintas di wilayah Chachoengsao, timur Bangkok.

Iklan
Iklan

Katanya, semasa kejadian pemandu kereta api telah membunyikan hon amaran, namun tidak dapat berhenti sebelum melanggar sebuah trak yang mengangkut ikan.

"Pemandu kereta api mengikut protokol dengan membunyikan penggera sebanyak tiga kali, tetapi jarak yang dekat menyukarkan pemandu untuk memberhentikan kenderaan itu tepat pada masanya,” katanya.

Iklan

Lapan orang terdiri lima lelaki dan tiga wanita meninggal dunia di lokasi kejadian.

Empat lagi cedera dan salah seorangnya yang dihantar ke hospital berada dalam keadaan kritikal.

Iklan

Seorang mangsa yang terselamat berusia 20 tahun yang sempat melompat keluar dari pikap sejurus sebelum nahas menjelaskan bahawa mereka menyangka kenderaan itu boleh melepasi lintasan tersebut.

Pada Oktober 2020, 18 orang terbunuh apabila kereta api barang merempuh bas yang membawa penumpang ke upacara keagamaan. - AFP