Kabinet setuju serah tanah di Taman Tugu kepada AWAN

Iklan
Gambar hiasan

PUTRAJAYA - Kabinet hari ini bersetuju menyerahkan tanah seluas 26.4 hektar di Taman Tugu bernilai kira-kira RM1.87 bilion kepada Amanah Warisan Negara (AWAN) untuk dilindungi sebagai kawasan hijau, kata Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad.

Katanya kawasan itu akan diwartakan sebagai taman hutan hujan serta bertujuan untuk mengekalkan kedudukan Taman Tugu sebagai satu kawasan hutan tropika yang tidak akan berubah statusnya.

Iklan
Iklan

"AWAN adalah badan khas ditubuhkan untuk mengurus Taman Tugu dan tanah itu bila diserahkan kepada AWAN, maka ia akan diletakkan syarat nyata bahawa ia tidak boleh dibangunkan, diniagakan, dicagarkan dan ia akan diwartakan sebagai kawasan hutan tropika," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan bersama warga Kementerian Wilayah Persekutuan, di sini hari ini.

Iklan

AWAN adalah badan yang ditubuhkan hasil kerjasama Kementerian Wilayah Persekutuan, Khazanah Nasional dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Khalid berkata pemulihan kawasan hutan berkenaan akan dilakukan sebelum diserahkan kepada AWAN yang akan bertanggungjawab untuk menjaga kawasan tersebut.

Iklan

"Ini adalah satu bukti kerajaan Pakatan Harapan komited kepada persoalan penjagaan alam sekitar dan kawasan hutan serta hijau," katanya.

Khalid berkata kira-kira 13.6 hektar berhampiran Taman Tugu juga sedang diusahakan sebagai kawasan hijau, dan ia akan menjadikan jumlahnya 40 hektar.