Selangor siap sedia berdepan kebangkitan PDRM

Iklan
Ayron Del Valle (kanan) meraikan jaringan ketika menentang PDRM dalam aksi Pusingan 16 Piala Malaysia di Petaling Jaya.

JUARA 33 kali, Selangor FC tidak menganggap kelebihan tiga gol menjelang aksi timbal balik menentang PDRM FC menjamin slot suku akhir Piala Malaysia.

Sebaliknya, pengendali Selangor FC, Tan Cheng Hoe menegaskan para pemainnya perlu lebih berdisiplin berdepan kebangkitan The Cops dalam perlawanan timbal balik kedua.

Iklan
Iklan

Malah tegas pengendali berusia 55 tahun itu jadual padat pasukan tersebut yang akan bermain dua perlawanan Liga Super sebelum kembali bertemu PDRM 19 Ogos ini, dijangka mempengaruhi aksi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

"Dalam bola sepak 4-1 tidak menjamin kita layak ke pusingan seterusnya, apatah lagi dengan jadual padat bulan ini dan kita perlu bersedia dengan situasi berbeza pada perlawanan timbal balik. Kita perlu kekalkan fokus dan yang penting setiap pemain perlu tingkatkan lagi prestasi masing-masing.

Iklan

"Sikap dan keinginan pemain untuk memenangi perlawanan cukup penting dan inilah yang perlu kita bawa dalam setiap perlawanan,” katanya pada sidang media selepas perlawanan pertama pusingan 16 Piala Malaysia di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), pada Khamis.

Pada perlawanan di Stadium MBPJ itu, The Cops mendahului 1-0 menerusi Hadi Fayyadh Abdul Razak pada minit ke-25, namun Selangor bangkit separuh masa kedua dengan empat gol bermula ledakan Ayron Del Valle Rodriguez (m-57, m-63), Harith Haiqal Adam Afkar (m-74) dan Yohandry Jose Orozco Cujia (m-91).

Iklan