PRN: 'Saya dapat rasakan angin perubahan di Selangor' - Muhyiddin

Iklan
Muhyiddin (tengah) pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Tawaran Perikatan Nasional Negeri Selangor di Shah Alam pada Jumaat.

SHAH ALAM - Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan angin perubahan akan berlaku di negeri Selangor dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor kali ini.

Beliau berkata demikian sewaktu mengumumkan tawaran PN Selangor menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Selangor yang bernilai lebih RM2 bilion, dalam Majlis Pelancaran Tawaran Perikatan Nasional Negeri Selangor di Shah Alam pada Jumaat.

Iklan
Iklan

"Insya-ALLAH, berkat sokongan padu seluruh rakyat di negeri Selangor, baik Melayu, Cina, India dan kaum-kaum lain, Perikatan Nasional akan beroleh kemenangan besar dalam pilihan raya negeri pada 12 Ogos nanti dan seterusnya membentuk sebuah kerajaan negeri yang bersih, prihatin dan stabil.

"Saya dapat merasakan angin perubahan sedang bertiup kencang di negeri Selangor dan mudah-mudahan ia akan membentuk suatu gelombang sokongan rakyat yang kuat dan padu kepada Perikatan Nasional," jelasnya.

Iklan

Tambah Muhyiddin, PN yakin akan membentuk sebuah kerajaan negeri yang lebih prihatin terhadap rakyat sekiranya diberikan mandat pada 12 Ogos depan.

"Saya mengambil kesempatan ini untuk merayu kepada semua pengundi di negeri Selangor supaya keluar beramai-ramai pada hari pengundian nanti dan undilah calon-calon Perikatan Nasional.

Iklan

"Mudah-mudahan dengan sokongan anda semua, kita akan dapat membentuk sebuah kerajaan negeri yang lebih prihatin terhadap nasib rakyat dan lebih berkemampuan untuk memacu kemajuan dan pembangunan negeri Selangor sebagai pusat pertumbuhan ekonomi utama bukan sahaja di Malaysia tetapi di peringkat global," katanya lagi.

Hadir sama dalam acara berkenaan ialah Pengerusi PN Negeri Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan barisan PN peringkat negeri. - Awani

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri di sini!

ARTIKEL BERKAITAN: PRN: PN tawar bantuan bulanan RM400 ringan beban rakyat Selangor

PN tawar tambang bas sekolah percuma untuk anak Selangor

PN Selangor tawar 112 inisiatif jika menang PRN