Tun M minta orang Islam tolak kebebasan keterlaluan

Iklan
Dr Mahathir

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berharap masyarakat beragama Islam menolak kebebasan keterlaluan yang boleh menyebabkan berlakunya keruntuhan akhlak.

Menurut beliau, walaupun konsep kebebasan diterima baik masyarakat, namun di barat ia sudah melarat sehingga memberikan hak untuk mengamalkan perkara terlarang yang didorong oleh nafsu.

Iklan
Iklan

"Segala yang ditentukan oleh budaya bangsa umpamanya boleh ditolak jika ia menyekat kebebasan seseorang.

"Sekarang nilai dan cara hidup sesuatu bangsa boleh diketepikan jika ia menghalang kehendak seseorang," katanya menerusi catatan pertamanya di Facebook selepas dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur pada Jumaat.

Iklan

Bekas Ahli Parlimen Langkawi itu menegaskan, apa yang membimbangkan tanda-tanda kebebasan keterlaluan itu sudah nampak menular di Malaysia ketika ini.

"Dari mana datang pendapat ini. Bilakah Tuhan membenar LGBT? Demikianlah hasutan dari barat. Masalah keruntuhan akhlak tidak boleh dipandang ringan.

Iklan

"Jangan fikir ia terjadi hanya di barat. Tanda-tanda menunjukkan ia sudah sampai ke sini (Malaysia)," ujarnya.

Justeru, Dr Mahathir berkata, budaya masyarakat di negara ini hendaklah teguh berpandu kepada ajaran Islam.