Didakwa jatuh miskin, ini jawab Datuk Seri Vida

Iklan
Datuk Seri Vida

PELBAGAI spekulasi dikaitkan dengan Datuk Seri Hasmiza Othman atau Datuk Seri Vida setelah hampir setahun jutawan kosmetik itu menyepikan diri dari dunia hiburan.

Jika dahulu wajahnya sering dilihat mewarnai layar televisyen, namun kini, pemilik jenama Vida Beauty Sdn Bhd itu seolah-olah 'hilang' dari persada seni.

Iklan
Iklan

Lumrah jika terbabit dalam dunia glamor, bila lama tidak kelihatan, ada lah yang perasan. Terbaharu timbul dakwaan mengatakan Vida kini berdepan masalah kewangan selepas mata wang kripto LaVida Coin yang dilancarkannya berdepan masalah.

Vida ketika ditemui Astro Awani di Kota Bharu bagaimanapun menafikan dia sudah jatuh miskin.

Iklan

"Astaghfirullah hal 'azim. Apabila tak keluar televisyen, cakap begitulah. Saya aktif di media sosial. Kalau nak berunding, tiada follower, siapa yang nak beli.

"Empat tahun asyik berebut mikrofon. Saya sekarang sedang tunggu kalau ada rancangan baharu. Bagilah rancangan apa nak taja, makan-makan ke," kata Ikon Usahawan Wanita 2015 itu. Bercerita lanjut, Vida berkata, perniagaannya kini stabil dengan tumpuan diberikan kepada beberapa produk baharu termasuk makanan.

Iklan

Vida yang terkenal dengan lagu I Am Me juga memaklumkan akan melancarkan single terbarunya selepas Aidilfitri ini.

Selain itu, dia juga masih mencari bentuk rancangan yang sesuai ditajanya selepas menaja rancangan berbentuk keagamaan baru-baru ini. Vida menjelaskan perubahan zaman ketika ini memerlukan satu anjakan yang pantas dalam menyesuaikan diri dan produk supaya dapat kekal dalam persaingan perniagaan alaf baharu yang semakin mencabar.