Lelaki pemegang kad UNHCR cabul warga emas diberkas

Iklan
Tangkap layar memaparkan perbuatan suspek sebelum bertindak mencabul wanita warga emas di lot kedai Jalan Bunga Tanjung, Taman Muda di Ampang pada Rabu. Gambar kecil: Mohd Azam

AMPANG - Perbuatan jijik seorang lelaki warga asing mencabul wanita warga emas di lot kedai Jalan Bunga Tanjung, Taman Muda, di sini mengundang padah apabila diberkas polis pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu berlaku ketika mangsa berusia 71 tahun mengumpul kotak terpakai untuk dijual.

Iklan
Iklan

Menurutnya, tiba-tiba datang suspek yang bertindak meraba paha mangsa.

"Mangsa telah menegur perbuatan itu namun suspek terus melakukannya. Suspek kemudian membuka seluar dan baju lalu serta memegang kemaluannya sebelum menunjukkannya kepada mangsa.

Iklan

"Setelah itu, suspek memeluk mangsa dari arah belakang menyebabkan mangsa menjerit meminta bantuan sebelum ditahan oleh orang awam yang datang membantu," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Polis Pandan Indah yang tiba di lokasi kemudian membuat tangkapan semula pada jam 3.40 petang.

Iklan

Katanya, suspek berusia 23 tahun yang bekerja sebagai tukang sapu merupakan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).

"Suspek yang didapati positif dadah itu juga mempunyai dua rekod lampau atas kesalahan narkotik," ujarnya.

Tambahnya, suspek kini direman empat hari sehingga Ahad untuk siasatan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan.