Malaysian Tigers kekal garang di India

Iklan
Faizal antara pencetak gol Malaysian Tigers ketika berdepan China dalam perlawanan kedua Kejohanan Hoki Trofi Juara-Juara Asia di Stadium Hoki Mayor Radhakrishnan, Chennai, India pada Jumaat. - Foto Asia Hockey Federation

PENGENDALI skuad hoki lelaki negara, Arul Selvaraj memuji persembahan pemain The Malaysian Tigers ketika menewaskan China, 5-1 dalam perlawanan kedua Kejohanan Hoki Trofi Juara-Juara Asia di Stadium Hoki Mayor Radhakrishnan, Chennai, India pada Jumaat.

Sambil menyifatkan peningkatan persembahan dari satu permainan ke satu permainan Arul berkata, kemenangan tersebut secara tidak langsung mengekalkan momentum dan keyakinan pemainnya untuk perlawanan seterusnya.

Iklan
Iklan

Malah, Arul mahu anak buahnya menggunakan rehat satu hari dengan menenangkan mental serta fizikal sebelum turun pada aksi yang lebih hebat bertemu tuan rumah, India pada Ahad.

"Ya, satu persembahan yang menyaksikan pasukan kontrol perlawanan dengan menguasai pergerakan padang dan bola yang simple serta tenang.

Iklan

"Malah pasukan berjaya kuasai pukulan sudut penalti corner hari ini apabila berjaya hasilkan gol dari pukulan sudut pendek dan penalti corner. Kita berjaya jaringan tiga gol dari empat pukulan sudut pendek.

"Esok (Sabtu) adalah rest day, jadi players akan memanfaatkan masa ini untuk relaks untuk menenangkan mental dan emosi mereka. Pegawai perubatan akan manage conditioning, recovery process dan sebagainya, walaupun tiada game tapi kita akan manfaatkan rest day dengan sebaiknya," kata Arul.

Iklan

Pada perlawanan itu, anak buah Arul terlebih dulu dikejutkan jaringan seawal minit keempat pemain China, Chongcong Chen selepas kelonggaran di bahagian sebelah kanan pasukan.

Bagaimanapun jaringan itu dipadam Faizal Saari menerusi pukulan sudut penalti pada minti ke-11.

Malaysia kemudiannya menambah satu lagi gol menerusi pukulan sudut penalti Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal pada minit ke-15.

Gol ketiga pasukan negara dijelmakan pada minit ke-45 menerusi Muhammad Firhan Ashaari sebelum pemain tersebut sekali lagi menggegarkan gawang China dengan jaringan keempat minit ke-49.

Tiga minit sebelum perlawanan berakhir, Malaysia dihadiahkan pukulan sudut penalti yang disempurnakan Muhammad Najmi Farizal Jazlan minit ke-57 sekali gus

menutup aksi kedua dengan kemenangan bergaya 5-1.