ARSENAL berazam mencabar semua trofi kejuaraan pada musim baharu ketika naib juara Liga Perdana Inggeris itu memulakan kempen 2023-24 menentang pemenang tiga kali ganda Manchester City dalam Perisai Komuniti di Stadium Wembley pada Ahad.
Pengendali Arsenal, Mikel Arteta menyifatkan kelab London tersebut lebih bersedia untuk mengharungi saingan yang dijangka lebih padat musim ini.
"Ya, kami perlu mencuba menjadi pasukan yang lebih baik berbanding dengan musim lalu. Malah kami akan mengekalkan tahap dan memperbaikinya untuk para penyokong setia Arsenal.
"Kami dalam proses pembinaan skuad dan sedang mengusahakan beberapa perkara lain.
"Kami gembira dengan skuad sekarang dan pastinya kami mahukan persaingan sihat dalam skuad dan sedang berusaha ke arah itu," kata pengendali dari Sepanyol tersebut.
Arsenal telah menambahbaik padukan apabila merekrut Declan Rice, Kai Havertz dan Jurrien Timber pada musim penutup, namun Arteta dilaporkan mahu menambah lagi kekuatan pasukannya.
Arsenal baru-baru ini dikaitkan dengan perpindahan untuk penjaga gol Brentford, David Raya.
Cabaran kejuaraan Arsenal musim lalu berkubur kepada City yang telah memenangi tiga kejuaraan liga berturut-turut sebelum memenangi mahkota Liga Juara-Juara sulung pada Jun.