Bayern kemukakan tawaran terakhir beli Kane

Iklan
Harry Kane

BAYERN Munich mengemukakan tawaran terakhir mereka untuk membeli Harry Kane dan kini mahukan keputusan segera daripada Tottenham Hotspur.

Tawaran Bayern untuk pemain berusia 30 tahun itu dipercayai bernilai lebih daripada €100 juta (RM502 juta) dengan beberapa klausa tambahan.

Iklan
Iklan

Kane mahu masa depannya diselesaikan sebelum perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL) membabitkan Tottenham pada musim baharu menentang Brentford minggu depan.

Sky Sports News melaporkan sebelum ini bahawa Spurs sedang mencari tawaran yang lebih tinggi dan Bayern percaya nilai baharu yang dikemukakan itu adalah adil dan muktamad.

Iklan

Kane akan tamat kontrak musim panas depan dan risiko untuk Spurs kehilangan Kane secara percuma jika tidak membuat keputusan menjual pemain itu.

Dia tidak mahu menandatangani kontrak baharu dengan Spurs pada musim panas ini dan keutamaannya adalah untuk menyertai Bayern berbanding kelab lain yang berminat termasuk juara Perancis Paris Saint-Germain.

Iklan

Kane menjaringkan 30 gol dalam saingan domestik musim lalu, namun Spurs hanya menduduki tempat kelapan untuk terlepas saingan Eropah dan kekal tanpa trofi sejak 2008.

Kane ialah penjaring gol sepanjang masa Tottenham dengan 280 gol dalam 435 penampilan.

Dia telah menjaringkan 213 gol dalam 320 perlawanan EPL dan kini hanya ketinggalan 48 gol untuk memecahkan rekod Alan Shearer sebagai penjaring terbanyak dalam sejarah liga itu.