ALOR SETAR - [DIKEMAS KINI] Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah, Datuk Mahfuz Omar mahu meraikan hari lahir Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dengan belanja menu popular di negeri ini, Mee Abu.
Mahfuz berkata, hanya itu yang mampu ditawarkan kepada Menteri Besar Kedah itu selepas Sanusi sudah membayar duit saman yang dikemukakan bekas Ahli Parlimen itu pada awal Mei lalu.
"Hari ini (4 Ogos) hari jadi Sanusi, kalau hang (awak) ada di Alor Setar, hubungi lah aku (Mahfuz) masih ada lagi saki baki duit saman yang dibayar pada aku. Nak belanja Mee Abu, itu saja mampu belanja,” katanya ketika berucap dalam Jelajah Madani Perpaduan di DUN Alor Mengkudu pada Jumaat.
Mahfuz berkata, tawaran itu dibuat kerana dirinya tidak berdepan masalah dengan sesiapa pun termasuk untuk berkawan dengan Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat itu.
"Saya tak ada masalah apa pun, mungkin pihak mereka lah yang ada masalah dengan saya. Dia (Sanusi) ada masalah dengan banyak pihak, individu, istana, Menteri Besar Selangor, ini menunjukkan beliau seorang yang bermasalah,” ujarnya.
Menurutnya, kemungkinan apabila dapat duduk semeja secara santai dapat meredakan kemarahan Sanusi supaya lebih harmoni.
"Kita cubalah kurangkan panas baran dia supaya tak jadi contoh kepada generasi muda,” jelasnya.
Pada 19 Mei, Sanusi membuat permohonan maaf kepada Naib Presiden Amanah itu berhubung fitnah dilakukannya empat tahun lalu.
Permohonan maaf dibuat Sanusi menerusi laman Facebook miliknya, iaitu platform sama digunakan untuk memuat naik kenyataan didakwa berunsur fitnah. Ia dilakukan berdasarkan penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bertarikh 8 November 2021 serta Mahkamah Rayuan pada 3 April 2023.
Sanusi turut diperintahkan membayar ganti rugi RM120,000 kepada Mahfuz berhubung kes sama, yang dibayar pada awal Mei. Nilai ganti rugi itu dinaikkan daripada RM50,000 dan kes terbabit sudah pun selesai selepas pampasan dibayar.
Mahfuz memfailkan saman pada 9 Oktober 2019 berdasarkan hantaran dibuat Sanusi melalui akaun Facebook pada 30 Julai tahun sama, yang mengaitkan Mahfuz dalam isu pemindahan premis judi Sport Toto ke kawasan Pokok Sena.
ARTIKEL BERKAITAN: 52 lelaki ditahan teroka REE secara haram
REE: Kedah tegaskan tiada aktiviti perlombongan
Amanah Kedah dakwa aktiviti korek REE masih berlaku
Kecurian REE: Kerajaan Kedah diminta perjelas dakwaan - Mahdzir
REE: PKR Kedah lapor SPRM, gesa siasat Sanusi
REE: Saifuddin dedah MBI Kedah terima kompaun
Saifuddin 'tunggu' saman Sanusi
Saifuddin minta Sanusi dedah identiti lelaki China ditahan berkaitan REE
REE: Saya belum terima kunjungan SPRM - Sanusi
Saifuddin dakwa MBI tahu isu kecurian REE di Sik
'Sanusi dah hantar surat saman, kita lawan di mahkamah' - Saifuddin
Isu REE: SPRM disaran tanya Takiyuddin - Mahadzir
Sanusi belum dipanggil SPRM, 10 Exco Kedah turut diambil keterangan
Saifuddin akan teruskan siri pendedahan isu REE
REE: Saifuddin dedah gambar Sanusi bersama warga China, dokumen MBI