Universiade: Sambutan wira negara buat skuad wushu negara

Iklan
Atlet wushu Universiade Chengdu negara bergambar bersama Megat Sany dan Kim Fatt selepas skuad negara tiba di KLIA pada Sabtu.

SKUAD wushu Sukan Universiti Dunia (Universiade) Chengdu negara bersama pemenang pingat emas tunggal, Tammy Tan Hui Ling yang menamatkan kemarau 38 tahun Malaysia di Universiade disambut sebagai wira negara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Sabtu.

Kesemua atlet wushu negara yang menyumbang pingat di temasya sukan universiti dunia itu diberikan kalungan bunga dan serta disarungkan kembali pingat sebagai simbolik kejayaan masing-masing.

Iklan
Iklan

Wushu merupakan pasukan paling cemerlang dengan sumbangan 1 pingat emas dan 3 gangsa sekali gus melengkapkan sasaran tiga pingat untuk kontinjen Malaysia di Universiade Chengdu.

Sehingga kini kontinjen negara memperoleh satu pingat emas, satu perak dan empat gangsa di temasya Universiade Chengdu akan berakhir pada Selasa.

Iklan

Menyambut kepulangan kontinjen negara adalah Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Pendidikan Tinggi, Datuk Dr Megat Sany Megat Ahmad Supian yang mewakili Kementerian Pendidikan Tinggi dan Presiden Persekutuan Wushu Malaysia, Datuk Chong Kim Fatt.

"Kejayaan pingat emas di Universiade ini sangat bersejarah dan telah menaikkan nama Kementerian Pendidikan Tinggi dan menggembirakan Yang Berhormat Menteri KPT.

Iklan

"Jadi saya ucapkan terima kasih kepada Persekutuan Wushu Malaysia, Asia Pasifik University dan semua yang terbabit menyumbang kepada kejayaan ini,” kata Megat Sany.