KEPALA BATAS - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, lebih banyak peluang pekerjaan boleh diwujudkan di Kedah sekiranya kerajaan negeri itu selari dengan Kerajaan Persekutuan.
Beliau berkata, banyak pelaburan yang datang dari luar masuk ke negara ini secara langsung membuka banyak peluang pekerjaan.
Iklan
Iklan
Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu berkata, terdapat andaian bahawa Selangor maju kerana berdekatan dengan Kuala Lumpur namun beliau mempersoal mengapa Kedah tidak maju walaupun terletak berhampiran Pulau Pinang.
Beliau berkata, penambahan pelaburan sebanyak RM30 bilion oleh syarikat dari Jerman melibatkan Taman Teknologi Tinggi Kulim, Kedah akan mewujudkan satu hab pekerjaan yang baik di negeri itu.
"Jika kerajaan di Kedah selari, seia, sekata dengan Kerajaan Persekutuan, insya-ALLAH kita akan bantu rakyat negeri Kedah untuk mendapat peluang pekerjaan yang lebih besar lagi dengan usaha Kerajaan Persekutuan ini,” katanya ketika berucap merasmikan Karnival Kerjaya MYFutureJobs bersama Majlis Hal Ehwal Wanita dan Keluarga (Hawa) Malaysia di sini pada Sabtu. - Bernama
Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri di sini!