Belia disaran libatkan diri dalam bidang inovasi

Iklan
Arthur

KUALA LUMPUR - Golongan belia disaran untuk turut bersama membina momentum tinggi dalam bidang sains, teknologi dan inovasi serta pengkomersialan bagi menzahirkan Malaysia yang berdaya saing tinggi di peringkat antarabangsa.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, berdasarkan Kajian Ekonomi dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), setiap peningkatan satu peratus dalam inovasi akan menyumbang sebanyak 0.36 peratus kepada ekonomi negara yang bersamaan berbilion ringgit.

Iklan
Iklan

Lebih 450 belia termasuk pelajar institusi pengajian tinggi terlibat dalam seminar anjuran bersama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI) serta Youth Ventures Asia.

Arthur berkata, MOSTI akan terus memacu agenda teknologi dan inovasi melalui keseluruhan spektrum rantaian nilai inovasi yang memberi manfaat kepada masyarakat.

Iklan

"MOSTI membantu inovator dalam tiga peringkat iaitu peringkat awal melibatkan percambahan idea, fasa peralihan inovasi dan juga fasa permintaan matang,” katanya.

Mengenai MCY, beliau menyifatkan ia sebagai antara instrumen utama bagi membolehkan kerajaan merealisasikan matlamat mempercepat pengaplikasian teknologi dan inovasi seperti yang digariskan dalam RMK12.

Iklan

Arthur berkata, penganjuran program seperti ini akan menjadi pemangkin dalam memastikan enam sasaran yang ditetapkan dapat direalisasi termasuk pengkomersialan 500 produk dan penyelesaian melalui MCY serta Sandbox Inovasi dan Teknologi Nasional (NTIS) menjelang 2025. - Bernama