Hujan bantu padam kebakaran hutan di Gunung Kenderong

Iklan
Hujan membantu usaha awal pasukan bomba memadam kebakaran hutan di Gunung Kenderong yang dilaporkan berlaku pada jam 3.54 petang Sabtu.

GERIK - Hujan membantu usaha awal Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memadam kebakaran hutan di Gunung Kenderong dekat sini pada Sabtu.

Pengarah JBPM Perak, Sayani Saidon berkata, kebakaran yang dilaporkan pada jam 3.54 petang itu melibatkan kawasan seluas hampir 40 hektar dianggarkan 600 meter dari aras laut.

Iklan
Iklan

"Sekiranya hujan berhenti, ada kemungkinan kebakaran berlaku semula," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat malim gunung dan Jabatan Perhutanan, jangka masa perlu diambil untuk sampai ke lokasi dianggarkan tiga jam dengan berjalan kaki.

Iklan

"Kawasan kebakaran tidak melibatkan laluan pendaki dan keadaan di lokasi kelihatan berkabus tebal sekitar jam 7 petang tadi.

"Kita akan mendapatkan bantuan helikopter dari Pengkalan Udara JBPM Bertam untuk membuat pemantauan," katanya.

Iklan