Manchester City kelab terbaik dunia - Gvardiol

Iklan
Gvardiol

PEMAIN pertahanan Croatia, Josko Gvardiol menyertai juara Liga Perdana, Manchester City dari kelab Bundesliga RB Leipzig dengan perjanjian lima tahun sebagaimana yang diumumkan juara treble itu.

Media Britain berkata, Gvardiol ditandatangani dengan harga $90 juta euro, menjadikan pemain berusia 21 tahun itu pemain pertahanan kedua termahal dalam sejarah di belakang Harry Maguire yang ditandatangani dengan harga $80 juta pound oleh Manchester United pada 2019.

Iklan
Iklan

Gvardiol adalah pembelian kedua Pep Guardiola dalam jendela perpindahan kali ini selepas penyertaan pemain tengah Croatia, Mateo Kovacic dari Chelsea.

City memenangi kejuaraan Liga Juara-Juara pertama kelab itu pada Jun dan juga Piala FA untuk melengkapkan treble musim lalu.

Iklan

"Saya sentiasa mengimpikan suatu hari nanti bermain di England dan melakukannya sekarang dengan Manchester City – selepas musim yang baru mereka hadapi – adalah satu penghormatan bagi saya.

"Sesiapa sahaja yang melihat Manchester City bermain musim lalu tahu mereka adalah pasukan terbaik di dunia. Untuk memenangi treble mengatakan segala-galanya yang anda perlu tahu tentang kualiti yang dimiliki pasukan ini.

Iklan

"Peluang untuk bekerja dengan Pep Guardiola adalah sesuatu yang menakjubkan. Saya tahu saya masih belum bermula dan pastinya permainan saya akan maju di bawah jurulatih terbaik dalam bola sepak," kata Gvardiol dalam satu kenyataan.

Gvardiol menyertai Leipzig dari Dinamo Zagreb pada 2020 dengan membuat 87 penampilan dalam semua pertandingan untuk kelab Bundesliga itu sejak penampilan sulungnya pada 2021.

Dia membantu kelab itu memenangi kejuaraan Piala Jerman buat pertama kali dalam sejarah kelab itu selain mara ke separuh akhir Liga Europa. Leipzig menduduki tempat ketiga dalam Bundesliga musim lalu.

Gvardiol yang mempunyai 21 penampilan bersama Croatia dan membantu negara itu menduduki tempat ketiga pada Piala Dunia 2022, adalah nama besar terbaharu yang meninggalkan kelab tersebut.

Pemain tengah Hungary, Dominik Szoboszlai menyertai Liverpool pada Julai manakala penyerang Perancis, Christopher Nkunku dan pemain tengah Austria, Konrad Laimer, masing-masing bertukar ke Chelsea dan Bayern Munich pada Jun.