Chelsea sambar Sanchez dari Brighton & Hove Albion

Iklan
Sanchez

CHELSEA menandatangani penjaga gol Sepanyol, Robert Sanchez dari Brighton & Hove Albion dengan kontrak tujuh tahun, umum kelab Liga Perdana Inggeris itu pada Sabtu.

Media Britain melaporkan bahawa Chelsea akan membayar 25 juta pound untuk pemain antarabangsa Sepanyol itu.

Iklan
Iklan

Chelsea telah berusaha untuk meningkatkan pilihan penjaga gol sejak Edouard Mendy menyertai kelab Arab Saudi, Al-Ahli bagi saingan Liga Pro Saudi pada Jun.

Chelsea juga berusaha memulihkan nasib di bawah pengurus baharu Mauricio Pochettino selepas menduduki tempat ke-12 dalam kedudukan musim lalu - penamat terburuk sejak 1994.

Iklan

"Robert telah berulang kali membuktikan dirinya dalam Liga Perdana dan penampilan bersama negaranya

Sanchez menyertai akademi Brighton pada 2013 membuat 87 penampilan Liga Perdana Inggeris untuk kelab pantai selatan itu.

Iklan

Dia akan bersaing untuk kedudukan penjaga gol yang rakan senegaranya Kepa Arrizabalaga di Stamford Bridge.

"Robert seorang yang baik dan pemain yang sangat bagus, tetapi menjadi jurulatih kadangkala bermakna membuat keputusan yang sukar dan menyakitkan untuk pasukan.

"Saya ucapkan selamat maju jaya untuknya pada masa hadapan,” kata pengendali Brighton, Roberto De Zerbi.