Derbi Borneo: Sabah terlalu kuat buat Kuching City

Iklan
Terjahan pemain Sabah, Gabriel Schmegel ke atas tonggak Kuching City, Jimmy Raymod pada saingan pusingan 16 Piala Malaysia di Stadium Negeri pada Sabtu.

PASUKAN pilihan Sabah FC mengekalkan status Raja Derbi Borneo selepas menewaskan Kuching City 3-0 dalam perlawanan pertama Pusingan 16 Piala Malaysia di Stadium Negeri, Kuching pada Sabtu.

Sebagai rekod, ini merupakan kemenangan ketiga Liga Malaysia, The Rhinos kendalian Datuk Ong Kim Swee ke atas The Cats musim ini.

Iklan
Iklan

Anak buah Kim Swee sebelum ini menang dua perlawanan Liga Super dengan keputusan 2-1 di Kuching pada 6 Mac lalu diikuti 4-3 di Likas pada 8 Julai.

Sabah tidak menunggu lama untuk menguji angkatan The Cats kendalian Aidil Sharin Sahak yang secara rasmi diumumkan sebagai pengendali baharu Kuching City, Rabu lalu.

Iklan

Ramon Machado meletakkan pelawat di depan seawal minit keempat sebelum penyerang kelahiran Brazil tersebut menambah gol kedua tiga minit kemudian.

The Rhinos kemudian melebarkan lagi kedudukan apabila Daniel Ting menjadikan kedudukan 3-0 dengan gol pada minit ke-15.

Iklan