Ramai tidak tahu inisiatif kerajaan

Iklan
70 peratus responden tidak tahu inisiatif kerajaan bendung inflasi dan kos sara hidup.

SHAH ALAM - Sebanyak 70 peratus daripada 1,068 responden kerusi marginal (majoriti tipis) semua kaum menyatakan mereka tidak mengetahui sebarang dasar atau inisiatif dilakukan kerajaan untuk membendung inflasi atau mengurangkan kos sara hidup.

Berdasarkan kajian Endeavour-MGC (EMGC) juga mendapati 32 peratus responden di kerusi marginal kaum Melayu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor turut mengatakan perkara yang sama.

"Hanya 30 peratus responden daripada semua kaum dan 32 peratus responden Melayu memaklumkan bahawa mereka mengetahui dasar-dasar yang dilakukan oleh kerajaan itu,” katanya dalam kajian tersebut.

Iklan
Iklan

Kaji selidik yang mengambil pendekatan persampelan rawak berstrata itu dilakukan pada 22 hingga 28 Julai lalu itu kepada responden yang berdaftar sebagai pengundi di 34 kerusi DUN.

Sementara itu, bagi kaji selidik tahap kerisauan responden berkenaan kesan inflasi ke atas kewangan peribadi pula, 54 peratus responden semua kaum menyatakan mereka amat prihatin, 41 peratus pula sederhana dan lima peratus sedikit prihatin.

Iklan

Menurut kajian itu lagi, 56 peratus daripada 724 responden di kerusi marginal Melayu menyatakan amat prihatin berkenaan kesan inflasi ke atas kewangan peribadi mereka.

"40 peratus pula adalah sederhana prihatin dan empat peratus lagi sedikit prihatin terhadap kesan inflasi kepada kewangan peribadi.

Iklan

"Tiada responden daripada kerusi marginal pelbagai kaum dan responden kerusi marginal Melayu menyatakan mereka tidak prihatin dan tidak mengetahui isu tersebut,” jelas EMGC.