Onana 'lemas' dalam penampilan pertama

Iklan
Onana ditewaskan menerusi tendangan jarak jauh oleh pemain Lens. - Foto AFP

PENJAGA gol Manchester United, Andre Onana menegaskan sedia bertanggungjawab apabila dibolosi ketika aksi sulungnya dalam kemenangan 3-1 The Red Devils ke atas Lens.

Penjaga gol berusia 27 tahun itu bermula dalam perlawanan pertamanya di Old Trafford selepas berpindah dari Inter Milan dengan perjanjian bernilai sekitar £47 juta (RM236 juta).

Iklan
Iklan

Namun, penampilan pertama Onana dalam aksi persahabatan itu mencuri tumpuan apabila telah ditewaskan menerusi sepakan lambung dari jarak jauh oleh Florian Sotoco pada minit ke-23.

"Saya gembira dengan kemenangan itu. Sudah tentu kami sentiasa boleh menjadi lebih baik.

Iklan

"Beberapa perkara yang kami perlu cuba perbaiki. Seperti yang saya selalu katakan, saya bertanggungjawab untuk segala-galanya terutama apabila kami melepaskan gol.

"Saya bangga dengan apa yang dilakukan oleh pemain pertahanan saya. Saya orang terakhir di belakang jadi saya menerima semua kritikan, semua tekanan kepada saya,” katanya.

Iklan

United berjaya bangkit pada separuh masa kedua dan meledak tiga gol masing-masing menerusi Marcus Rashford, Antony dan Casemiro.

"Ia adalah perlawanan yang hebat untuk saya dan untuk pemain lain. Saya rasa tahun ini akan menjadi berbeza, saya sangat teruja untuk perlawanan akan datang.

"Semua orang bekerja keras dan saya sangat yakin dan positif semuanya akan betul jika kita melakukan perkara yang betul,” katanya.