ISTANBUL - Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim membincangkan hubungan dua hala antara kedua-dua negara menerusi panggilan video.
Sambil menggariskan hubungan antara kedua-dua negara telah mengorak langkah lebih jauh atas dasar perkongsian strategik yang komprehensif, Erdogan berkata, kedua-dua pemimpin itu mengalu-alukan"kuasa yang diberikan kepada Republik Turki Cyprus Utara (TRNC) untuk membuka pejabat perdagangan di Malaysia," Agensi Anadolu memetik kenyataan Direktorat Komunikasi Turkiye.
Iklan
Iklan
Sambil menyatakan bahawa hubungan dalam industri pertahanan berada pada landasan tepat, presiden Turkiye itu berkata, bahawa mereka mahu memuktamadkan memorandum persefahaman untuk memenuhi keperluan Malaysia dalam bidang berkenaan secepat mungkin.
Menekankan keperluan untuk menyatakan pendirian bersama yang kuat dan tegas terhadap serangan terhadap al-Quran, Erdogan berkata keputusan yang diambil pada Mesyuarat Luar Biasa Menteri Luar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) adalah penting dalam hal ini.
Erdogan berkata, beliau akan melawat 'Malaysia secepat mungkin' atas jemputan Anwar. - Bernama
Artikel Berkaitan