Sweden usaha baiki hubungan dengan negara Islam

Iklan
Bulan lepas, ratusan penunjuk perasaan Iraq menyerbu kedutaan Sweden berikutan pembakaran al-Quran di Stockholm. - Foto AFP

LONDON - Sweden mahu mengukuhkan hubungan dengan negara-negara Islam, kata Menteri Luar Sweden Tobias Billstrom, ketika negara itu berdepan kritikan terhadap insiden penghinaan berulang kali terhadap Al-Quran, lapor Agensi Anadolu.

Dalam satu kenyataan pada Sabtu, Kementerian Luar memaklumkan bahawa Billstrom mengadakan perbualan dengan lebih 20 duta negara-negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di ibu negara Stockholm pada Jumaat.

Iklan
Iklan

"Memulihkan kepercayaan dan keyakinan mengambil masa. Saya akan menumpukan sebahagian besar daripada tempoh pilihan raya ini untuk mengukuhkan hubungan dengan negara-negara Islam," kata Billstrom.

Beliau berkata, kerajaannya 'menolak sekeras-kerasnya' pembakaran salinan kitab suci, sambil menambah bahawa Kementerian Kehakiman telah memulakan analisis dan sedang mengusahakan terma rujukan siasatan untuk mengkaji semula Akta Ketenteraman Awam.

Iklan

Awal minggu ini, Menteri Kehakiman Gunnar Strommer berkata bahawa satu penyelesaian yang berpotensi untuk mencegah kejadian sama berulang lagi adalah dengan menggunakan kuasa kecemasan di bawah Akta Ketenteraman Awam.

Jakob Forssmed, menteri hal ehwal sosial Sweden, juga mengadakan pertemuan dengan wakil daripada organisasi berbeza agama di ibu negara Sweden pada Jumaat. - Bernama

Iklan