Pemuda lemas dihanyut arus deras ketika beriadah

Iklan
Anggota bomba ketika menjalankan kerja mencari mangsa di Taman Rekreasi Alor Lempah, Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor pada Ahad.

HULU SELANGOR - [DIKEMAS KINI] Seorang lelaki lemas akibat dihanyutkan arus deras sebelum mayat mangsa ditemui di dasar sungai dalam kejadian di Taman Rekreasi Alor Lempah, Kuala Kubu Bharu di sini pada Ahad.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian pada jam 7.54 pagi.

Iklan
Iklan

"Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke lokasi kejadian dan tiba pada jam 8.01 pagi.

"Mangsa merupakan lelaki warga tempatan berumur lingkungan 28 tahun itu dipercayai lemas ketika menjalankan aktiviti riadah di lokasi tersebut," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Iklan

Katanya, usaha mencari mangsa dijalankan dengan bantuan Unit Skuba dari BBP Shah Alam dan BBP Pelabuhan Klang.

"Mayat mangsa kemudian ditemui di dasar sungai pada jam 1.21 petang, anggaran 30 meter jarak dari lokasi terakhir mangsa dilihat oleh saksi.

Iklan

"Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.