Tindakan Faridzul sertai Bersatu tak jejas Pemuda UMNO Tambun

Iklan
AKMAL ZHARIF

IPOH - [DIKEMAS KINI] Gerak kerja Pemuda UMNO Bahagian Tambun tidak terjejas di sebalik penyertaan bekas Ketua Pemuda UMNO bahagian tersebut, Faridzul Azlan Abd Shani ke dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tambun, Akmal Zharif Ahmad Kamal berkata, hanya kerana seorang bekas ketua pemuda menyertai parti pembangkang tidak mengganggu perjalanan parti.

Iklan
Iklan

Menurutnya, Pemuda UMNO Bahagian Tambun ketika ini dalam keadaan terbaik dengan pembukaan tiga lagi cawangan baharu selepas diterajui barisan kepimpinan baharu.

"Saya kenal dia (Faridzul Azlan) secara peribadi, kawan lama saya. Tak wajar nak tuduh UMNO lari dari landasan punca dia keluar parti. Tanya diri sendiri dan tak perlu beri alasan.

Iklan

"Hakikatnya dia kecewa dengan keputusan pemilihan parti sebelum ini, jadi itu antara sebab dia tinggalkan UMNO kerana merasakan kononnya PN (Perikatan Nasional) kuat," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Sementara itu, Akmal Zharif turut membidas kenyataan Faridzul Azlan kononnya perjuangan UMNO untuk membela nasib orang Melayu tidak lagi menjadi kenyataan.

Iklan

Jelasnya, UMNO masih menjadi parti yang memperjuangkan orang Melayu, cuma parti politik perlu lebih dinamik mengikut keadaan semasa.

Sinar Harian pada Ahad melaporkan Faridzul Azlan yang juga bekas Exco Pemuda UMNO, mengakui tidak sanggup menggadai prinsip dengan terus bersama UMNO yang disifatkan sudah tergelincir daripada perjuangan sebenar.

Beliau yang umum menyertai Perikatan Nasional (PN) berkata, perjuangan UMNO hari ini lebih kepada kepentingan individu yang hanya menguntungkan segelintir pemegang jawatan dan merugikan sebahagian besar ahli di peringkat akar umbi.