JOHOR BAHRU - Polis berjaya menyelesaikan empat kes pecah rumah di sekitar Desa Cemerlang, di sini, apabila menahan seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kesemua kes pecah rumah tersebut pada awal pagi Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden, Mohd Sohaimi Ishak, lelaki berusia 27 tahun itu ditahan sekitar 3.30 pagi dan polis turut merampas 20 barangan berharga seperti sebuah kereta jenis Honda Jazz, laptop (tiga), tab (dua), kad pengenalan warga tempatan (tiga) dan beg galas pelbagai jenama (tiga). Turut dirampas, pasport milik warga Indonesia (empat) selain satu alat kawalan jauh kereta, komputer riba, beg duit dan dua jenis telefon bimbit.