Taufan Khanun dijangka landa wilayah tenggara Korea Selatan

Iklan
Taufan Khanun dijangka membadai timur laut Okinawa Jepun pada 9 pagi dan bergerak 190 kilometer dari pantai timur laut dan diramal menghala ke utara ke arah pantai tenggara Semenanjung Korea pada Khamis. - Foto AFP

SEOUL - Taufan Khanun diramal melanda wilayah tenggara Korea Selatan akhir minggu ini, menurut Pentadbiran Meteorologi Korea (KMA) pada Ahad.

KMA menyeru negara itu untuk mengambil langkah berjaga-jaga terhadap hujan lebat.

Iklan
Iklan

Taufan itu dijangka membadai timur laut Okinawa Jepun pada 9 pagi dan sedang bergerak 190 kilometer dari pantai timur laut, lapor agensi berita Yonhap, memetik agensi cuaca.

Taufan itu diramal melanda kebanyakan bahagian di Korea Selatan, kecuali pantai barat daya Wilayah Jeolla Selatan, menurut KMA.

Iklan

Hujan dijangka melanda wilayah selatan Busan dan Ulsan, antara lewat Rabu hingga Khamis malam, dengan wilayah Daegu, Wilayah Gyeongsang Utara dan wilayah tengah Wilayah Chungcheong Utara diramalkan mengalami angin kencang. - Bernama-Yonhap

Iklan