[PERADUAN] Misi melepaskan roh yang terperangkap

Iklan
Disney’s “Haunted Mansion” sudah ditayangkan sejak 27 Julai lalu ©2023 Disney

SECARA ASASNYA, filem Disney’s"Haunted Mansion” diinspirasikan daripada tarikan di taman tema Disney dan ini merupakan filem kedua Walt Disney selepas The Haunted Mansion pada 2003 yang menyaksikan Eddie Murphy selaku teraju utama,

Bagaimanapun penulis tidak akan membandingkan filem terdahulu dan yang terkini.

Iklan
Iklan

Baiklah, filem kali ini diarahkan oleh Justin Simien dan dijayakan pelakon yang tidak kurang hebatnya seperti seperti pelawak yang tidak asing lagi, Owen Wilson; di samping pelakon Tiffany Haddish, Danny DeVito, LaKeith Stanfield, Rosario Dawson, Dan Levy, Jamie Lee Curtis dan Jared Leto (meminjamkan suara untuk hantu topi tinggi).

Filem seram komedi ini mengisahkan ibu tunggal, Gabbie (Dawson) yang membawa anaknya, Travis (Dillon) berpindah ke sebuah rumah agam bagi mengubati kesedihan anaknya.

Iklan

Bagaimanapun sebaik tiba, mereka menyedari rumah itu berhantu dan walaupun sudah melarikan diri, roh itu terus mengikuti mereka serta mahu mereka kembali ke rumah tersebut.

Dari kiri: Owen Wilson sebagai Father Kent, Rosario Dawson (Gabbie), LaKeith Stanfield (Ben), Tiffany Haddish (Harriet), dan Danny DeVito (Bruce) cuba menyelesaikan misteri roh itu terperangkap dalam rumah agam berkenaan ©2023 Disney

Justeru, Gabbie meminta bantuan seorang paderi, Father Kent (Wilson) dan Father Kent pula meminta bantuan Ben (Stanfield) seorang saintis yang mencipta sebuah kamera yang boleh menangkap gambar hantu tetapi menjadi pemandu pelancong selepas kematian isterinya, Alyssa.

Iklan

Ben yang masih bergelut dengan kesedihan dan menyalahkan dirinya kerana kematian Alyssa berpura-pura mahu membantu Gabbie dan Father Ken, bagaimanapun menyedari dia juga dihantui salah satu roh daripada rumah agam tersebut.

Mereka kemudiannya meminta bantuan Harriet (Haddish), bomoh dan juga Professor Bruce Davis (DeVito) serang pensyarah dalam bidang sejarah. Pendek kata, semua yang memasuki rumah agam itu seolah-olah terperangkap dan dihantui salah satu daripada 99 roh yang berkeliaran.

Oleh itu, mereka bersama-sama bekerjasama bagi membantu mencari penyelesaian dan punca roh-roh itu tidak dapat bersemadi dengan tenang.

Hanya beberapa roh yang diceritakan kisah mereka sebelum mati ©2023 Disney

Bagi penulis, perjalanan filem ini menarik dan agak menghiburkan, tetapi Justin Simien dilihat gagal untuk mengolah keseluruhan naskhah ini dengan baik sehingga ia tidak berjaya membuatkan penulis berasa seram dan benar-benar terhibur.

Mujur ada Owen Wilson yang sesekali mencuit hati. Namun penulis tetap merasakan filem berdurasi dua jam lima minit ini terasa terlalu lama dan ada ketikanya hambar.

Pada awalnya, penulis membayangkan Disney’s"Haunted Mansion” seperti filem Casper, tetapi hanya 10 peratus yang sama. Bagi penulis penyelamat utama filem ini adalah lakonan mantap para pelakon yang terlibat.

Namun dari segi jalan cerita, 'pacing' dan keseluruhan, masih banyak yang boleh diperbaiki. Antara lain yang boleh dipuji tentu sekali kesan khas yang sangat kemas dan cantik daripada Disney.

Bagaimanapun ia masih sebuah filem yang menarik untuk ditonton dan terutama bagi mereka yang sudah berkeluarga kerana ada mesej kekeluargaan yang menyentuh hati diselitkan dalam filem ini.

Sempena tayangan Disney’s Haunted Mansion Sinar Harian dan kerjasama The Walt Disney Company (Malaysia) ingin menghadiahkan barangan Premium Edisi Terhad untuk pembaca setia Sinar Harian. Jawab soalan mudah dan hantarkan jawapan anda ke hiburan.sinar@gmail.com sebelum 11 Ogos 2023.

1. Mengapa Gabbie membawa anaknya berpindah ke New Orleans?

_____________________________________________________________________________________________

2. Apakah nama isteri Ben Matthias?

______________________________________________________________________________________

3. Berapa jumlah roh yang terperangkap dalam rumah tersebut?

______________________________________________________________________________________

Saya sukakan filem Disney’s Haunted Mansion kerana...

___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

(tidak lebih 20 patah perkataan)

Hadiah Istimewa:

5x Edisi Terhad Topi Disney’s Haunted Mansion

5x Edisi Terhad Topi Disney’s Haunted Mansion ©2023 Disney

5x Edisi Terhad Tshirt Disney’s Haunted Mansion

5x Edisi Terhad Tshirt Disney’s Haunted Mansion ©2023 Disney

5x Edisi Terhad Botol Air Disney’s Haunted Mansion

5x Edisi Terhad Botol Air Disney’s Haunted Mansion ©2023 Disney

5x Edisi Terhad Bekas Pensil Disney’s Haunted Mansion

5x Edisi Terhad Bekas Pensil Disney’s Haunted Mansion ©2023 Disney

5x Edisi Terhad Buku Nota Disney’s Haunted Mansion

5x Edisi Terhad Buku Nota Disney’s Haunted Mansion ©2023 Disney

Nota Penting: Pemenang perlu mengambil sendiri hadiah mereka di pejabat Sinar Harian.