Sokong PN untuk 'selamatkan' UMNO tidak rasional - Khaled

Iklan
Khaled Nordin. - Foto Bernama

KUALA NERUS - Tindakan Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainudin meminta ahli UMNO menyokong PN sekiranya mereka sayangkan masa depan parti itu dianggap tidak rasional.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pihaknya yakin dan percaya bahawa ahli UMNO akan terus setia bersama parti untuk meneruskan dasar dan perjuangan.

Iklan
Iklan

"Macam dia (Hamzah) lompat dari UMNO dululah nak selamatkan UMNO. Saya ingat dalam kempen ini orang akan cakap macam-macam dan ada yang tak wajar serta tak rasional.

"Lebih-lebih lagi kita sertai ini (Kerajaan Perpaduan) untuk pastikan pertama dapat wujudkan perpaduan lebih besar dan keduanya pastikan Malaysia terus amalkan kesederhanaan di mana negara ini mempunyai rakyat berbilang kaum.

Iklan

"Kita perlu pastikan jika hanya dengan kerjasama boleh tingkatkan lagi kehadiran dan sumbangan kita supaya lebih impak selain tak boleh ada mana-mana (parti) bergerak secara solo atau bersendirian. Jadi berasaskan pada itu kita seru rakyat menerima kesederhanaan dan bukannya taksub serta sebagainya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Pengoperasian Klinik Pakar Hospital Pengajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di sini pada Ahad.

Iklan

Pada Sabtu, Hamzah meminta ahli UMNO menyokong PN sekiranya mereka sayangkan masa depan parti itu.

Menurut Hamzah, dengan cara tersebut saja dapat mengubah masa depan UMNO sekali gus membolehkan ia diterima semula oleh rakyat

Mengulas lanjut, Mohamed Khaled turut menyeru kepada rakyat untuk menerima kemajuan dan pemodenan selain menolak kemunduran serta kemiskinan.

"Kita sedia maklum dan sedar bahawa sentimen digunakan kerana mungkin ada banyak masalah, kelemahan dan mungkin tiada dasar. Jadi sentimen sahaja jawapan dapatkan sokongan," ujarnya.