'Ada hikmah di sebalik semua ini' - Azizulhasni

Iklan
Insiden yang menyebabkan Azizulhasni (kiri) dibatalkan kemenangannya ke atas Cornish pada pusingan kedua acara pecut individu Kejohanan Berbasikal Trek Dunia di Glasgow lewat malam Sabtu.

JAGUH berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya apabila kemenangannya dibatalkan dalam aksi pusingan kedua acara pecut individu Kejohanan Berbasikal Trek Dunia 2023 di Glasgow, Scotland lewat malam Sabtu.

Dalam saingan berdepan pelumba Australia, Tom Cornish di Velodrom Sir Chris Hoy itu, Azizulhasni terlebih dahulu tiba di garisan penamat, namun kemenangannya itu dibatalkan.

Iklan
Iklan

Azizulhasni dilihat sedikit hilang keseimbangan selepas selekoh terakhir dan memasuki lorong Cornish di laluan lurus terakhir sehingga hampir berlanggar dengan pencabarnya itu.

"Bagaimanapun, sebagai seorang atlet profesional, saya menerima keputusan itu dengan hati yang terbuka dan mengucapkan selamat maju jaya kepada pihak lawan di peringkat seterusnya.

Iklan

"Jurulatih John Beasley sangat berang dengan situasi tersebut dan sikit lagi beliau nak jadi 'hijau' tadi. Namun saya beritahu beliau yang mungkin ada hikmah di sebalik semua ini dan ALLAH ada perancangan untuk saya dan pasukan," tulis Azizulhasni di Facebook miliknya.

Ia keputusan mengecewakan buat The Pocket Rocketman yang beraksi cemerlang ketika pusingan kelayakan apabila merakam masa keempat terpantas dengan catatan 9.584 saat.

Iklan

"Ketika perkara ini dibawa kepada pihak komisar, mereka bersetuju dengan hujah daripada pihak kami (yang kami tidak sengaja dan tidak bersalah) tetapi mereka masih memilih untuk tidak mengubah keputusan relegation tersebut.

"Antara kekurangan sukan ini adalah, seluruh keputusan perlumbaan adalah termaktub bulat-bulat kepada pihak komisar. Pelumba dan pasukan tiada kuasa untuk mencabar keputusan mereka," ujarnya.