Wei Kiat teruskan agenda pembangunan untuk rakyat

Iklan
Calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rawang, Chua Wei Kiat.

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor dalam perancangan untuk membina lebih banyak perumahan kos rendah dan sederhana di Rawang sejajar dengan pertumbuhan masyarakat setempat.

Calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rawang, Chua Wei Kiat berkata, ia memandangkan kawasan itu menjadi tumpuan khususnya bagi mereka yang bekerja di Kuala Lumpur dan Selangor kerana lokasinya yang strategik.

Iklan
Iklan

"Ada beberapa pembinaan perumahan sudah hampir siap seperti di M Aruna dan berhampiran Anggun City serta dalam tempoh 15 tahun akan ada perancangan pembangunan teratur di tanah rezab oleh Kerajaan Perpaduan.

"Selain itu, kita juga memahami masalah kesesakan lalu lintas yang berlaku dengan pertambahan penduduk sedia ada.

Iklan

"Jadi, isu perumahan dan kelancaran trafik akan menjadi antara fokus utama saya sekiranya terpilih sekali lagi menjadi wakil rakyat di Rawang,” katanya dalam program Sinar Live bertajuk ‘Rawang kerusi selamat PH?’ yang dikendalikan moderator Asraf Awaluddin pada Ahad.

Sebelum ini media melaporkan, Wei Kiat memenangi kerusi di DUN Rawang dengan jumlah undian 29,946 mengalahkan tiga calon parti lain dengan majoriti sebanyak 23,860 dan ia merupakan penampilan sulung beliau dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) itu.

Iklan

Mengulas lanjut, beliau berkata, kemenangan pada PRU14 itu bukanlah sebagai tiket untuk memandang rendah terhadap kemampuan pihak lawan iaitu calon Perikatan Nasional (PN), Rejean Kumar Ratnam.

Jelasnya, selepas diberi peluang untuk berkhidmat dahulu mungkin rakyat boleh menilai dan membuat keputusan yang lebih tepat dalam memilih pemimpin baharu.

"Sebelum ini, perlawanan empat penjuru dan sekarang satu lawan satu, walaupun dulu menang besar tetapi kami tidak akan memandang rendah dan tetap berusaha untuk memenangi hati rakyat.

"Banyak kemungkinan boleh terjadi, maka kami akan ‘all out’ sewaktu berkempen kali ini tetapi sebarang keputusan terletak di tangan pengundi untuk membuat pilihan,” ujarnya.