Universiade: Misi akhiri kemarau pingat kuartet 4x400m tertangguh

Iklan
Misi kuartet 4x400m lelaki untuk mengakhiri kemarau 38 tahun pingat dari trek temasya Universiade edisi Chengdu masih belum kesampaian.

IMPIAN kuartet 4 x 400 (m) lelaki dan wanita untuk mengakhiri kemarau 38 tahun pingat dari trek temasya Sukan Universiti Dunia (Universiade) edisi Chengdu masih belum kesampaian pada Ahad.

Selepas menampilkan persembahan luar biasa pada aksi saringan pertama di Stadium Pusat Sukan Shuangliu, China pada Sabtu, kuartet Malaysia diwakili Abdul Wafiy, Muhammad Firdaus, Ruslem Zikry dan Umar Osman bermula di lorong kelapan pada perlumbaan akhir tersebut.

Iklan
Iklan

Biarpun kuartet lelaki negara memberikan saingan sengit namun terpaksa berpuas hati menamatkan perlumbaan di kedudukan kelima dengan catatan masa 3 minit 10.30 saat (s).

Dalam pada itu, kuartet wanita negara yang dibarisi Mandy Goh, Zainah Afifah, Teoh Kim Chyi dan Chelsea Cassiopea memulakan larian di lorong kelapan.

Iklan

Bagaimanapun mereka gagal menyaingi kudrat lawan apabila mengakhiri saingan di tempat kelapan dengan masa 3 minit 46. 33s.

Pingat emas menjadi milik Poland dengan catatan masa 3 minit 32.81s diikuti Brazil meraih perak (3 minit 34. 31s) dan Switzerland meraih gangsa dengan masa 3 minit 34.57s.

Iklan

Keputusan itu menyaksikan kem olahraga terpaksa menangguh misi mengakhiri kilauan pingat pertama dari trek dan balapan Universiade sejak penyertaan pertama Malaysia pada edisi Kobe, 38 tahun lalu.